Friday, May 9, 2008

hakikat

apabila memahami
kehidupan sebagai satu perjuangan
aku akan bersemangat tabah dan berdaya saing
demi mengejar cita-cita

apabila memahami dan menerima
kehidupan sebagai satu cabaran
aku akan bersungguh-sungguh
mengatasi rintangan demi kejayaan

apabila mengenal hakikat
kehidupan sebagai sebuah pelayaran
aku akan berhati-hati mengemudi
agar sampai ke pelabohan

apabila memahami, menerima dan mengenal
kehidupan sebagai satu keindahan
aku akan belajar menghargai
dengan tindakan yang bijaksana
dan bijak di mana-mana

apabila memahami, menerima dan mengenal
kehidupan sebagai anugerah yang sangat bernilai
aku akan mengagumi dan menghargai
segala ciptaan Yang Maha Esa
dan tak terfikir langsung
untuk mensia-siakannya.......................................dotmy

Tuesday, April 22, 2008

Marah VS Peramah

sekali kita marah
beberapa sahabat menghilang
dan beberapa musuh mendatang

sekali kita peramah
beberapa sahabat mendatang
dan beberapa musuh menghilang

sekali kita marah
Malaikat Malik kehilangan jawatannya
dan Malaikat Ridwan kehilangan ahlinya

sekali kita marah
iblis-iblis bertambah kroninya
dan manusia-manusia hilang kewarasanya

oleh itu marahlah !!!
agar iblis bersahabat dengan kita.......dotmy

SUSAH

aku dilahirkan dalam serba kesusahan
aku hidup dalam keluarga susah
aku mengharungi kehidupan dalam kelompok orang-orang susah

aku bangkit dari berbagai kesusahan
aku berusaha dalam serba kesusahan
aku belajar dan mengharungi perkara-perkara susah

aku banyak meneladani orang-orang susah
aku teruja terhadap orang-orang susah
aku insaf atas rentetan peristiwa kesusahan

aku mahu keluar dari lingkaran kesusahan
aku tidak mahu lagi mengharungi kesusahan
juga aku tidak mahu lagi menyusahkan
serta membuat orang lain jadi susah

namun aku tetap bersedia
menyantuni orang-orang susah
kerna aku juga pernah dan kerap
mengharungi dan mendepani berbagai kesusahan

dan percayalah !!!
susah tidak semestinya menyusahkan..........dotmy